Tuesday, 25 June 2013

Wanita Solehah Yang High Class

                                                 
                                              WANITA KU SAYANG.....
Wanita ku sayang,
Ciptaan mu terlalu indah,
Dijadikan drpd tulang rusuk Adam,
Untuk dicintai dan dilindungi,
Bukan diciptakan untuk menjadi hamba abdi,
Pada cinta seorang lelaki yang hanya mampu menabur janji.

Wanita ku sayang,
Sayangilah dirimu,
Seperti sayangnya seorang ibu pada anak kecilnya,
Seperti sayangnya seorang isteri pada suaminya,
Jika tidak,jadilah dirimu seperti mutiara yang cantik
Tapi sayangnya tidak berharga.

Wanita ku sayang,
Jadilah dirimu seperti mawar yang dibaluti duri yang tajam,
Kerana pada tajamnya duri itu,
Tertunduklah kaum Adam pada pandangan matanya,
Bukan kerana takut,ngeri atau seram,
Tapi kerana menghormati dirimu,
Yang tidak tertipu oleh arus kemodenan.

Wanita ku sayang,
Tetaplah sabar dengan mujahadah,
Kerana wanita yang solehah itu bukan sikit ujian nya,
Itu tanda Allah mencintaimu,
Itu tanda Allah ingin menaikan darjatmu,
Bukan sahaja di mata manusia,
Malah seisi dunia...

No comments:

Post a Comment