Aku ingin lari,
lari dari segalanya,
Aku dah tak mampu untuk terus berlakon gagah,
Aku dah tak mampu untuk pamerkan senyuman,
Aku ingin pergi,
Pergi membawa diri,
Sehingga ku temui kembali kekuatan,
Kekuatan yang makin lama makin hilang,
Jika hati ini tdk mahu difahami,
tdk apa,aku xmarah,
jika jiwa ini tdk mahu diketahui,
tdk apa,aku xmarah,
Jika kerenahku tdk mahu dilayan,
tdk apa,aku tdk marah,
tp tlg jgn ikat kaki ku utk gapai bahagia,
Orang selalu bilang,
Jika seseorang tlh menutup mata,
Baru mereka ingin menangis,merintih...
Apa aku juga begitu????
Apa kau ingin melihat diriku dibungkus putih,
Baru kau ingin menangis,merintih,meraung???
Ya Allah,jika ini ujian yang Kau ingin aku tempuh,
Aku redha Ya Allah...
Tp tolong Ya Allah keringkan air mata ini...
Sunday, 30 June 2013
Wednesday, 26 June 2013
Melalui Hari..
Jika laut itu tenangKu ingin tinggal di dalamnya,Jika lumpur itu selesa,Ku ingin tetap berbaring di dalam nya,Walaupun aku tahu itu akan melemaskan dan tidak menyenangkan,Tapi aku rasa itu lebih membahagiakan. Aku ingin terbang seperti rama2,Yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah untuk menongkat dunia,Yang selalu di warnai warna2 yang ceria tanpa ada sekelumit pun rasa kesedihan,Seperti warna rama2,Yang ceria,cantik dan selalu membuat orang disekitarnya bahagia..Ku ingin terbang bebas seperti burung, Dari satu dahan ke dahan yang lain tanpa mengira badai dan angin yang silih berganti,tapi ku tahu,
aku tetap aku,
Jika dalam hidup nie aku diberi pilihan untuk memilih,Aku ingin memilih untuk tidak sekali pun merasa bagaimana nya sakit,Tapi siapa aku untuk melawan kehendak Illahi,Kerana pada sakitlah kita merasa bagaimana nikmatnya sembuh.Tapi sakit yang ku rasa amat parah dan melemaskan jiwa.Jika dalam hidup nie ku disuruh meminta,Ku ingin meminta agar aku tak sekali pun merasa bagaimana rasannya kehilangan,Kerana kehilangan itu sangat menyeksakan dan menyesak kan,Kerana kehilangan,aku sepi,Kerana kehilangan,aku sunyi,Kerana kehilangan,aku sendihKerana kehilangan,aku sendiri,Sendiri melalui hari yang menyepi.
Tapi seburuk-buruk kehilangan,
Ada juga kebaikan terselit di dalamnya,
Dengan kehilangan,kita semakin dewasa,
Dengan kehilangan,kita selalu memandang kehadapan,
Dengan kehilangan juga kita akan belajar daripada kesilapan.
Tapi untuk mengharungi kehilangan,
Ia bukan suatu perkara yang mudah untuk dijalani,
Ia perlukan segunung kekuatan,
Seluas kesabaran,
Dan selebar ketabahan...
Tuesday, 25 June 2013
Wanita Solehah Yang High Class
WANITA KU SAYANG.....
Wanita ku sayang,
Ciptaan mu terlalu indah,
Dijadikan drpd tulang rusuk Adam,
Untuk dicintai dan dilindungi,
Bukan diciptakan untuk menjadi hamba abdi,
Pada cinta seorang lelaki yang hanya mampu menabur janji.
Wanita ku sayang,
Sayangilah dirimu,
Seperti sayangnya seorang ibu pada anak kecilnya,
Seperti sayangnya seorang isteri pada suaminya,
Jika tidak,jadilah dirimu seperti mutiara yang cantik
Tapi sayangnya tidak berharga.
Wanita ku sayang,
Jadilah dirimu seperti mawar yang dibaluti duri yang tajam,
Kerana pada tajamnya duri itu,
Tertunduklah kaum Adam pada pandangan matanya,
Bukan kerana takut,ngeri atau seram,
Tapi kerana menghormati dirimu,
Yang tidak tertipu oleh arus kemodenan.
Wanita ku sayang,
Tetaplah sabar dengan mujahadah,
Kerana wanita yang solehah itu bukan sikit ujian nya,
Itu tanda Allah mencintaimu,
Itu tanda Allah ingin menaikan darjatmu,
Bukan sahaja di mata manusia,
Malah seisi dunia...
Friday, 7 June 2013
Bismillahirrahmanirrahim.Ingin ku nukilkan sebuah nukilan buat kakak yang tercinta yang kini berada di Terengganu.Semoga cepat sembuh ye akak.Zira sayang akak.
Puisi terindah buat mu.
Saat aku terkontang-kanting mendaki dunia,
kau datang menghulurkan tangan untuk membantu aku,
Mendaki dengan penuh sabar dan tabah,
Tanpa mengenal penat dan lelah.
Saat aku mengalirkan air mata kerana beratnya ujian Illahi,
Kau hadir untuk menyeka air mataku,
Memeluk erat tubuhku serta mendakap aku,
Agar aku tidak merasa takut untuk melalui hari esok.
Saat aku buntu mencari jalan keluar,
Kau hadir dengan senyuman dan memberi seribu jalan penyelesaian,
Ajaibnya kuasa Illahi,
Pertemukan kita di suatu simpang yang kecil,
Yang dulu kita tak pernah bertegur sapa,
Tapi kini selalu berbual berbagai cerita.
Kakak ku sayang,
Jangan cari adik yang lain eh,
Kerana ku takut kasih mu berbagi,
Berbagi pada yang lain.
*Hehehe...maaf jika puisi di atas kurang sempurna...kerana ku masih belajar mengarang dengan baik...
akak,zira sayang sangat dengan akak...jangan cari adik yang lain eh.....zira takut perhatian yang akak bg kat zira,akan berbagi pada yang lain.Salam,peluk ciun dari ku buat mu.... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
